Bahasa-bahasa:

Laman web ini adalah dicipta menggunakan data Wikimapia. Wikimapia adalah projek peta kandungan kerjasama terbuka yang disumbangkan oleh surelawan-sukarelawan dari seluruh dunia. Ia mengandungi maklumat tentang 32053981 tempat-tempat dan kiraan. Ketahui lebih lanjut mengenai Wikimapia dan rujukan bandar.

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur adalah ibunegara dan juga bandaraya terbesar di Malaysia. Kuala Lumpur merupakan salah satu daripada tiga buah Wilayah Persekutuan dalam Malaysia. Dua buah lagi ialah Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Lokasi Kuala Lumpur seolah-olah terkepung di dalam sempadan negeri Selangor, di tengah Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Di kalangan rakyat Malaysia, Kuala Lumpur hanya disebut secara ringkas, KL sahaja.

Keluasannya ialah 243 kilometer persegi, dan Kuala Lumpur adalah pusat perdagangan dan kewangan antarabangsa. Kedudukannya adalah di tengah pantai barat Semenanjung Malaysia. Namanya diperolehi daripada tempat di mana dua buah sungai bercantum iaitu Sungai Klang dan Sungai Gombak. Berdasarkan sejarah, Kuala Lumpur dahulunya adalah sebuah bandar perlombongan yang mana ianya adalah pusat pentadbiran bagi kerajaan Negeri-negeri Tanah Melayu Bersekutu pada tahun 1896. Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Kuala Lumpur telah diisytiharkan sebagai ibu negara. Pada tahun 1972, bandar Kuala Lumpur telah diisytiharkan sebagai bandaraya pula. Kuala Lumpur adalah bandar pertama di Malaysia yang mencapai status Bandaraya. Pada 1 haribulan Februari tahun 1974, Kuala Lumpur berpisah dari negeri Selangor untuk membentuk sebuah Wilayah Persekutuan. Dua buah mercu tanda yang begitu terserlah di dalam bandaraya Kuala Lumpur ialah Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas. Menara Kuala Lumpur yang ketinggiannya 421 meter dibina untuk tujuan telekomunikasi. Yang mana terdapat sebuah platform yang mana dari situ anda boleh menikmati pemandangan bandaraya Kuala Lumpur yang cukup indah. Menara Berkembar Petronas yang pernah suatu ketika, iaitu buat suatu tempoh menjadi bangunan tertinggi di dunia, adalah suatu yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia. Menara Berkembar Petronas ialah setinggi 88 tingkat dan bersamaan 452 meter di mana terdapat "skybridge"[jambatan di udara]di aras 41 dan aras 42 menghubungkan dua buah menara.

Komen bandar terbaru:

  • Sentral Suites - U/C, Jimmy pelawat menulis 8 bulan yang lalu:
    Sentral Suites, Completed in 2023 July, Ready to move in project, just 5 mins walking distance to Malaysia largest transportation hub. WhatsApp 011-2815-3618 for more info. The only new project in KL sentral area Currently.
  • Darul Furqan, Siti pelawat menulis 5 tahun yang lalu:
    Assalamualaikum ustzh. Student lebih dari 18 thn utk sklh mngh boleh ke ustzh? Utk ulang alik. Berapa subjek ye ustzh utk spm?
  • Kedai Kereta Potong Proton, Zaim pelawat menulis 5 tahun yang lalu:
    Sy nak speedometer proton saga flx plus mnual. Ada tak?
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pantai, Arie pelawat menulis 5 tahun yang lalu:
    Cikgu Bio.. sekarang mesti dah fasih cakap BM..
  • Wangsa Maju Seksyen 1, Rohana pelawat menulis 6 tahun yang lalu:
    ada ibu susuan tak yg sudi utk anak saya
komen-komen lain...
Kuala Lumpur pada peta.

Gambar bandar terbaru:

gambar-gambar lain...